Wednesday, June 15, 2011

Digigit Pelesit? Macam Tipu Je!

This was one of the scariest experience in my entire life. Ni kisah benar ye. Bukan rekaan semata-mata. Terpulanglah pada semua sama ada nak percaya atau tak. Pengalaman ni fara dapat masa fara duduk asrama mula-mula masuk belajar dulu.

Fara dulu tak tahu pun apo kobondonye pelesit tu. Serius. Satu hari, fara bangun dari tidur, fara perasan ada belalang mati dalam selimut fara masa fara nak lipat selimut tu. Fara pun cakap la kat roommate fara "apalah binatang ni buat dalam selimut aku". Then beliau dengan muka terkejut cakap, "weh, tengok bawah kepala dia ada warna merah tak?". Fara cakap la ada. "itu pelesit tu, buang weh". Fara ikut arahan jela, fara buang ikut tingkap bilik. Fara pun mula la menyoal siasat roommate fara yang dah macam profesor serba tahu tu. Alhamdulillah fara akhirnya dapat la sikit info fasal binatang tu. Masa tu fara tak kena gigit lagi. Then ada satu malam, fara tidur lewat. Around 4 pagi gitu la. Macam biasa sebelum masuk tidur, fara pergi tandas dulu. Dari sudut belakang hostel, bilik fara hujung belah kanan, tandas hujung belah kiri. Turun 1kg jugak la berjalan ke tandas (yang ni tipu, jangan percaya.) Nak balik dari tandas tu, fara rasa semacam. Tapi fara buat 'baik' jela sambil berfikiran positif yang waktu tu sejuk. Bila masuk bilik, perasaan tu tak hilang lagi. Tak boleh jadi ni, baik tidur cepat. Salah fara jugak, tak baca doa, terus 'krohh..krohh..'. The next morning, bangun-bangun je fara rasa tangan fara sakit belah pelipat siku tu. OMG! Tangan aku! Kenapa semua ini berlaku kepada insan naif sepertiku? :|



Gambar ni diambil beberapa hari lepas kejadian.


Fara tak tahu pun tu angkara pelesit sampai la makcik kedai makan, Mak Ani, bagitahu yang tu sebab pelesit. Ok, pelesit tu bukan binatang tu semata-mata tapi ada 'makhluk' lain yang menjadikan binatang tu sebagai tunggangannya. Nak cerita details pun, fara tak berapa expert. So, tanya lah pakar ye. Yang musykilnya, hari tu takde la pulak jumpa pelesit bawah selimut. Apa-apa pun Mak Ani pun ada bagi nasihat suruh jaga diri, dekatkan diri dengan Allah selalu. Cuma fara tak tahu la pulak binatang tu menggigit. Tapi dah orang tua-tua cakap macam tu, fara percaya la. Kan diorang lagi lama makan asam keping. End of story.



Frazzo: Lepas kejadian tu, fara agak trauma sikit la. Ada binatang suspicious hinggap kat dinding bilik pun, terus tak boleh duduk diam. Roommate pun cakap la, tu MENTADAK la. Orang dulu-dulu selalu suka tanya, "mentadak mentadu macam mana -nama orang- tidur?" Hoho. Kena banyak study fasal binatang lagi la after this. Teruk bebenor, macam la duduk kat planet Pluto. Haih!

8 comments:

  1. terima kasih kerana berkongsi pengalaman yang boleh dijadikan iktibar kita bersama...

    ReplyDelete
  2. @momoe love: thanks sebab sudi baca :)

    ReplyDelete
  3. perghhh..seram gak la klau kne gigit sampai camtu

    ReplyDelete
  4. @nas91: paling tak best, parut sampai sekarang tak hilang. haih

    ReplyDelete
  5. ya Allah teruknye...
    seram lak tgok..

    hye,blogwlking here..

    btw jom komen link entry wani ni.

    http://akuazwani91.blogspot.com/2011/07/i-saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html

    thx a lot =)

    ReplyDelete
  6. @Cik Wani: hai. thanks sbb sudi jenguk sini.
    nanti fara tinjau entri anda ok?

    ReplyDelete
  7. lawak la fara ni. haha!

    saye pon baru dapat lebam ni. kali kedua dalam Ramadan ni.. :(

    ReplyDelete
  8. @tips: erk. lawak ke? haha.
    jaga diri ye, nak tido, tepuk2 dulu tilam bantal.
    baca doa tidur, 3 qul, bismillah 21x. lebih pun takpe.
    kalau boleh, pasang Ruqyah Syar'iah sepanjang tidur :)

    ReplyDelete

Komenlah seikhlas hati.
JANGAN guna perkataan-perkataan yang tak sepatutnya. INGAT!