Friday, April 17, 2015

Spaghetti Udang Tomato Masala **[PEDAS]**

Hmm. Maaf la. Bab nak bubuh nama resipi ni Fara fail sikit.
Tapi bab makan-penuh-lahap-tolak-batu-kayu Fara expert lah. Hehehe.

Tanpa membuang masa, Fara nak share resipi yang diolah mengikut citarasa sendiri.
Resipi asal boleh rujuk buku masakan - 660 Curries by Raghavan Iyer.













Saiz hidangan: 3 orang

Bahan-bahan yang diperlukan:-

Bahan-Bahan A
250 gm Spaghetti
5 - 6 cawan Air
1 tbsp Minyak Masak atau 'Olive Oil'
1 tsp Garam
Bahan tambahan *tak taruk pun takpe*: 1 biji Telur 

Bahan-Bahan B
7 - 8 tbsp Minyak Masak atau 'Olive Oil'
4 - 5 biji Bawang Merah *dicincang*
3 - 4 ulas Bawang Putih *dicincang*
1 tbsp Serbuk Jintan Putih
2 - 3 tbsp Serbuk Cili
1 tbsp Garam Masala
4 tbsp Pes Tomato
1 biji Tomato *dipotong dadu* atau 6 - 7 biji Tomato Ceri *dibelah dua*
1 tbsp Gula
Secubit Garam
1 cawan Air
Bahan tambahan *tak taruk pun takpe* : 1 pkt Instant Mushroom Soup with Cheese, beberapa batang sosej yang dihiris tebal, Chilli & Parsley Flakes secukup rasa.

8 - 10 ekor Udang Harimau *dibuang kulit*
*Nak tambah atau tukarkan Udang kepada Lala ke Kupang ke pun boleh. Fara ni sebab memang suka udang.
Tapi nanti nama resipi bertukar jadi Spaghetti Seafood Tomato Masala la kan? hehehe..* 





Cara-cara penyediaan:-

Bahan-Bahan A

(1)
Rebus spaghetti guna bahan-bahan A kecuali telur. Biar sampai kembang cantik. Toskan. Kalau yang nak guna telur, lepas tos, pecahkan telur, gaul sekata.



Bahan-Bahan B

(1)
Sambil rebus spaghetti tu, ambil kuali lain. Panaskan minyak. Api sederhana. Masukkan bawang merah. Kacau-kacau sikit. Pastu masukkan serbuk jintan putih. Kacau dalam 30 saat.

FaraFrazzo


(2)
Masukkan bawang putih dan kacau. Kemudian masukkan pes tomato, serbuk cili, garam masala, gula dan garam. Kacau rata dalam 30 saat. Kemudian masukkan air. Biarkan seketika.



(3)
Masukkan tomato dan sosej. Kacau dalam 20 saat. Then, masukkan serbuk instant mushroom soup. Kacau sampai jadi agak pekat.


(4)
Kemudian, masukkan udang. Taburkan chilli flakes dan parsley flakes. Kacau rata. Biarkan seketika. 



(5)
Masukkan spaghetti yang dah digaul dengan telur tadi. Gaul semua hingga sekata. Tutup api.
Spaghetti Udang Tomato Masala sedia untuk dihidang. 


Taburkan sedikit chilli flakes, parsley flakes dan grated parmesan cheese
supaya spaghetti anda tak nampak kosong. Hehe.


Jangan pandang pada rupa luaran. 
Korang cuba pulak masak sendiri. Sure tak menyesal. 
Kalau korang memang suka pedas rempah, confirm-confirm lah korang suka ni.
Nak buat pun senang. Selamat mencuba!

Thursday, April 9, 2015

Alhamdulillah, It is Getting Better!

Assalamualaikum semua.

Ingat tak Fara pernah post entry pasal masalah kulit muka Fara yang teruk?
Kalau tak ingat, boleh klik sini untuk baca dan lihat sendiri.

Dalam entri tu jugak Fara stated mild skincare yang Fara pakai untuk repair balik kulit muka.
Tapi sebab Fara tahu ada yang malas nak baca balik, Fara bagitahu je lah.
Fara pakai Cetaphil - Gentle Skin Cleanser. Krim ke toner ke langsung tak sentuh.

Bila ruam-ruam merah yang hideous tu dah jadi kering and gelap,
Fara try pakai produk Kzanah Anggun White by Cosway as suggested by my beloved momma.
Kali ni Fara pakai pencuci muka, toner & moisturizing cream.

ALHAMDULILLAH, hari berganti hari,
Fara makin selesa dengan perubahan positif kulit muka Fara.
Sehingga entry ni ditaip, berbulan-bulan jugak la Fara dah guna Kzanah tu.
..........dan inilah hasilnya!!! *tepuk tangan*

 





No edit. No filter. No make up.

Nak dibandingkan dengan dulu,

ni kiranya dah 95% in great condition lah. 
Hmm.. apa komen anda?









Walaubagaimanapun, tak dinafikan, lambakan produk kecantikan kat pasaran
adakalanya buat jiwa Fara goyah untuk setia dengan produk yang Fara pakai sekarang.
Tapi bila fikir-fikir balik, tak sanggup dah nak tempuhi fasa yang memalukan tu.
Belajarlah untuk setia Fara hoi!!!

Oh ya, food supplement for skin pulak, Fara dah gantikan produk
Emilay - Whitening Clearing Spot dengan Blackmores - Grape Seed Forte 1200. 
Alaaa.. apa-apa jenama pun should be okay. Just consume seperti yang diarahkan kat botol tu.
Selalunya sebiji je sehari sebelum tidur. Kalau was-was, tanyalah pakar. Ok?

Macam tu jugaklah dengan Vitamin C. Apa-apa jenama pun should be fine.
Kalau beli yang dos sebiji = 1,000mg, selalunya just ambil sekali sehari.
Kalau yang dos sebiji = 500mg, baru lah consume 2 kali sehari.

Dah consume supplement ni (especially Vitamin C) kena banyak minum air kosong ye.
Jangan malas-malas. Lagipun memang ianya digalakkan kan? Nak-nak kalau nak kurus. *eh tetiba?



FRAZZO: Coretan ni bukan bertujuan nak mempromosi produk, bukan juga iklan berbayar. Just nak share experience je. Kerana dirimu begitu berharga. Hehe.