Friday, February 28, 2014

My Memory with A Liar.

Kadang-kadang kita tak minta pun untuk ingat memori lalu.
Ia datang sendiri. Semulajadi.

Adakalanya kita sendiri yang gatal nak ingat balik.
Sebab kita terjumpa sesuatu tentang dia.

Tengah saja-saja kemaskini folder komputer riba,
tak semena-mena muncul file name MR.LOBALOBA.

Omaigad! Tak buang-buang lagi ke?

Dalam pada nak klik ke taknak klik,
akhirnya terklik jua.

Seperti dah diduga, air mata jatuh berjuraian.
Tersengguk-sengguk. Taknak berhenti pulak tu.

Setiap gambar ada cerita. Bertahun-tahun punya cerita.
Aku sadis. Aku pilu. Pengakhiran ceritanya tak seperti yang aku harap.

Kenapa lah kau tak berterus-terang je?
Kenapa kau kena biar aku yang found out sendiri? Kenapa?

Hati aku masih sakit. Sakit dengan muka slumber kau.
Dah la taknak mengaku. Kena psycho baru nak cakap hal sebenar.
Depan kau aku sabar. Buat-buat macam nothing happened.
Padahal ikutkan hati aku nak tumbuk je kau, tahu tak?

Yang paling aku terkilan. Kau tak mintak maaf.
Mintak maaf kerana pergi pada yang lain.
Aku ada perasaan. Perasaan mendalam untuk kau.
Tapi apa yang aku dapat?

I hate knowing you.
I wish I never knew you.

Now that I found someone new.
I hope he is not like you. I really do hope for it.
Enough with the tragic ending.
I want to be in a happy-ever-after love story. Amiinn..

:)

FRAZZO: I'm thirsting for your tears. Boleh tak berharap yang satu hari nanti kau akan rasa kekecewaan aku? Wuwuwuuu