Sunday, July 10, 2011

Persamaan Arsenal dengan Eyes Set To Kill

Assalamualaikum!

Hello readers. Hari ni fara nak share info kat korang fasal persamaan kelab bola sepak kegemaran ramai, Arsenal dengan band muzik keras yang hanya faymes kat golongan tertentu, Eyes Set To Kill (ESTK). Korang agak-agak apa yang sama? Jawab..Jawab..! Seploh saat! 10..9..5..2..1, Tett!! Adeh. Taknak cuba langsung ke? Jawapannya ialah......

Dorang tu bakal beraksi dekat Malaysia!!!

Ha, senang je kan? Why am I writing this entry? Kalau korang nak tahu (taknak tahu pun buat-buat je nak tahu), fara memang minat kelab Arsenal dan band ESTK tu. Tapi sayang, semester baru dah bermula. Kalau Kuantan ke Kolumpo tu sekangkang kera, kan bagus! Haih.


My favorite band ever, Eyes Set To Kill. Walaupun diorang kerap tukar ahli, dorang tetap BEST :D
Nak dengar lagu baru dorang yang buat fara ulang-ulang pasang, klik SINI.

Eyes Set To Kill dijadualkan perform hari ni, 10 Julai di One Cafe.
Arsenal pulak beraksi 13 Julai nanti di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Walaubagaimana pun, kekecewaan fara telah terubat apabila diberitahu bahawa kapten Arsenal, Cesc Fabregas tidak akan dibawa turun beraksi di Malaysia kerana kecederaan yang dialami beliau. Untuk berita lanjut, klik SINI. Fara teruja nak tengok dia. He plays well in the club including Encik Samir Nasri ngan Encik Van Persie. The truth is, fara lagi minat kat si Fabregas tu. Bila dia tak jadi datang, lega la rasa. Selagi fara tak tengok beliau 'live', selagi tu korang tak boleh tengok dia. HAHA!


Ni dia rupa Fabregas tengah berhempas-pulas untuk memastikan kemenangan kelab Arsenal =p

Khabar yang tak syoknya ialah Fabregas dan Samir Nasri diintai oleh kelab Barcelona. Harga yang diletakkan tu pulak mampu buat fara beli 'cash' kereta Audi sebijik. Semoga Pakcik Wenger akan jaga dorang elok-elok. Kalau tak, memang kena shaolin soccer si Wenger tu dengan fara. Haih.


Frazzo: Sesapa yang pergi tu, jangan lupa share story ke gambar ke dengan fara ye!

2 comments:

  1. suka lah tu arsenal menang..huhuhu

    ReplyDelete
  2. @Nour Akmal: yes! yes! tapi even arsenal menang, fara tetap rasa "alangkah bagusnya kalau malaysia dapat jugak sumbat gol". tanah air sendiri kan :)

    ReplyDelete

Komenlah seikhlas hati.
JANGAN guna perkataan-perkataan yang tak sepatutnya. INGAT!