Saturday, July 16, 2011

Life With Zero Mistake Isn't LIFE ;)

Puuiih. Tajuk nak omputih. Ekselen dah ke English kau? Boo~

Ok la, fara ngaku. Fara tak terer pun bahasa omputih. TAPI percayalah! Fara sedang giat berusaha tererkan diri dengan language tu. Baru la fara boleh eksyen dengan Mek Salmah dari Scotland. Ye dok?

Walaupun begitu, entri-entri fara pastinya bukan 100% dalam Bahasa Inggeris. Hee :D

Kembali pada tajuk asal di mana Bahasa Melayunya berbunyi, "Kehidupan Dengan Kosong Kesilapan Bukannya KEHIDUPAN". Betul tak maksudnya tu? Erkk.. Nampak beno Google Translate. Hoho. Paham-paham la ye? This topic is based on self-opinion. Maybe some of you aren't agree with this but then again, it is FARA FRAZZO's ;)

Amatlah tipu kalu korang cakap korang tak pernah buat silap. Fara pun memang selalu tersilap-tersilap ni. Senang cerita, korang boleh cakap ianya ibarat makanan ruji yang diperlukan untuk terus hidup. Korang pun mesti pernah tercakap,"napelah aku ni buduh sangat buat macam tu tadi? ayoyo". Moh la baca bingkisan skrip filem yang ditulis oleh fara kat bawah ni. #Doakan filem tu box-office nanti. Hoho.

~ Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, pakai baju ~

Rosa Lidah : Ek eh, kamu tak mandi ye Bibir?
Jus Tin Bibir : Erkk, nak cepat lah mak! Dah lewat ni. Kelas pukul 8. Haih.
Rosa Lidah : Karang habis kelas terus balik rumah. Kamu pergi rumah Si Lena Gomak, siap kamu!
Jus Tin Bibir : Oh mak, sekejap pun tak boleh ke? #sambil menyarung kasut
Rosa Lidah : NO WAY BIBIR! Nak mak rotan laju-laju pergi la...... Ha! Yang kamu tu, kot ye pun nak cepat, tak payah la sampai sarung boot kebun bapak kamu! Ngamuk orang tua tu karang!!
Jus Tin Bibir : Ewah! Tersalah pulak. Ingat SUPRA® saya tadi. Heeee ;D #blushing


Pelakon Utama: Rosa Lidah sebagai MAK dan Jus Tin Bibir sebagai ANAK :D


Ok. Tu contoh kesilapan yang dilakukan oleh Bibir. Adegan tersebut pasti akan jadi kenangan yang menggeletek jiwa raga bila tiba-tiba beliau teringat satu hari nanti. Betapa malunya beliau pada saat tu. My point is, kesilapan la yang buat kehidupan tu betul-betul hidup. Cuba bayangkan beliau tak buat silap. Bangun pagi, mandi, siap elok-elok, blablabla, pergi kelas. Perfect je rutin harian beliau tu. Nisbah untuk mempunyai pelbagai perasaan akan menjadi tipis. Sebab apa? Sebab, adakah beliau akan mempunyai perasaan 'malunya aku'? Konfem la tak, kan? Mungkin la awal semester beliau ada jugak nak berperasaan happy sebab semester baru, buku baru. Tapi lama-kelamaan, rutin harian tu akan menjadikan korang sebagai manusia yang tak menikmati perasaan berkehidupan bila tiada kesilapan. Get my point? Huhu.

Macam tu la jugak kalu korang pernah tersilap pintu masuk pergi langgar kaca bank, tersilap bagi RM16 kat pakcik teksi yang sepatutnya RM12, ataupun tersilap masukkan bahan-bahan ketika memasak untuk pelanggan yang datang. (#Erkk, kenapa aku terasa ek? Abaikan.) Semua tu terjadi supaya kita rasa pelbagai perasaan dalam hidup kita. Sakit, kecewa, stress and macam-macam lagi. Susah oh nak berperasaan kalau kesilapan tak wujud. Nak bercerita kat kengkawan, anak cucu pun rasa tak syok sebab takde bende lain dari yang lain yang mencelah rutin harian atau apa-apa yang korang buat tu ;)

KESIMPULANNYA, you should be grateful as mistakes exist to colour and to be good to your life. Korang selalu dah dengar kata-kata sakti 'Learn From Your Mistakes' kan? kan? Apa kata, korang tambah pulak kata-kata keramat ni dalam wikipedia hidup korang, 'Without Mistakes, You Wouldn't Learn A LIFE'. Amacam? Hoho.



Frazzo: Memang stress bila tersalah rencah dalam masakan sekali tu. Pelanggan pulak berpusu-pusu masuk. Nasib baik Tuan Manager memahami, dia pulak tolong kat dapur. Kapten fara masa tu boleh pulak bantai gelak tengok muka stress fara. Akhirnya, dia kena sekeh dgn TM. Pastu fara pulak yang gelak. Kalau la fara tak tersilap, wujud tak berbilang perasaan macam tu? Hohoho ;)

No comments:

Post a Comment

Komenlah seikhlas hati.
JANGAN guna perkataan-perkataan yang tak sepatutnya. INGAT!