Tuesday, June 14, 2011

Renjis-Merenjis Pakai Kicap. Hehe

Lama tak update blog. Agak busy sikit lately. Akhirnya dapat jugak curi masa nak tulis entri ni. First of all, ni tak kena mengena langsung dengan sesi renjis-merenjis pengantin ye. It happened when I was 6 years old. Pagi tu arwah Cik Mek, nenek angkat fara, tiba-tiba je bawak balik sebakul jambu air yang cukup membuatkan fara dan abang-abang angkat fara, Aiman dan Hafiz untuk terliur. Gebu-gebu buahnya. Kitorang ingat nak ambil and terus makan tapi dihalang oleh arwah. Arwah cakap nak basuh dulu buah-buah tu. Tunggu punya tunggu, buah pun sampai. Arwah dah siap belah dua buah jambu tu, pencicah yg kicap campur gula pun ada. (Korang mesti penah makan buah cicah camtu jugak kan? Hoho.) Arwah tak join sekali sebab ada kerja kat dapur. Bila dah masing-masing makan, sepatah perkataan pun tak keluar. Nak-nak buah jambu orang bagi kan, memang jadi lazat yg tak terkata. I started to get angry when Aiman accidentally splat the kicap to my shorts. Fara rasa beliau tak sengaja tapi bila beliau tak mintak maaf, fara rasa macam dia sengaja. Lagi pun memang dulu fara dengan Aiman kuat gaduh berbanding dengan Hafiz. Then boleh pulak kitorang main renjis-renjis je kicap tu. Hafiz marah tapi kitorang macam dengar tak dengar je. The pathetic moment was when I realized I did splat the kicap on Hafiz revision book. Memang bertompok habis muka surat sebab buku tu terbukak. Bukan sikit tapi banyak. Tahun tu dah la Hafiz ambil PMR. Buku dah jadi camtu. Haih. Hafiz tak tahu sebab beliau masuk bilik air nak basuh tangan. Aiman pulak menggerak-gerakkan jari telunjuknya, "aiyo taktawu, aiyo taktawu". Hafiz keluar je dari bilik air, riak muka beliau macam nak ngamuk tapi tahan je. Mungkin beliau tahu fara baru 6 tahun and Aiman darjah 4. Beliau hanya ngadu kat arwah, and kitorang pun kena marah. Sorry Abang Hafiz. HEE




Frazzo: Jarang jumpa Aiman semenjak fara tingkatan 2 sebab lepas arwah nenek angkat fara sakit, arwah dijaga oleh anak lelakinya di kampung. Aiman ikut sama. Hafiz je masih stay kat rumah mak angkat fara. Kalau fara and family melawat arwah kat sana, mesti Aiman takde. Hari tu Hafiz kahwin, barulah dapat jumpa semula. Aiman maintain keding tapi dah tinggi la. Yg tak bestnye, kitorang pun tegur gitu-gitu je, apetah lagi nak gaduh. Dah besar kan. Hoho.

2 comments:

  1. ahh... sedapnya buah jambi cicah kicap... ;)

    ReplyDelete
  2. @katak hijau: yup, memang sedap :D

    ReplyDelete

Komenlah seikhlas hati.
JANGAN guna perkataan-perkataan yang tak sepatutnya. INGAT!