Thursday, April 9, 2015

Alhamdulillah, It is Getting Better!

Assalamualaikum semua.

Ingat tak Fara pernah post entry pasal masalah kulit muka Fara yang teruk?
Kalau tak ingat, boleh klik sini untuk baca dan lihat sendiri.

Dalam entri tu jugak Fara stated mild skincare yang Fara pakai untuk repair balik kulit muka.
Tapi sebab Fara tahu ada yang malas nak baca balik, Fara bagitahu je lah.
Fara pakai Cetaphil - Gentle Skin Cleanser. Krim ke toner ke langsung tak sentuh.

Bila ruam-ruam merah yang hideous tu dah jadi kering and gelap,
Fara try pakai produk Kzanah Anggun White by Cosway as suggested by my beloved momma.
Kali ni Fara pakai pencuci muka, toner & moisturizing cream.

ALHAMDULILLAH, hari berganti hari,
Fara makin selesa dengan perubahan positif kulit muka Fara.
Sehingga entry ni ditaip, berbulan-bulan jugak la Fara dah guna Kzanah tu.
..........dan inilah hasilnya!!! *tepuk tangan*

 





No edit. No filter. No make up.

Nak dibandingkan dengan dulu,

ni kiranya dah 95% in great condition lah. 
Hmm.. apa komen anda?









Walaubagaimanapun, tak dinafikan, lambakan produk kecantikan kat pasaran
adakalanya buat jiwa Fara goyah untuk setia dengan produk yang Fara pakai sekarang.
Tapi bila fikir-fikir balik, tak sanggup dah nak tempuhi fasa yang memalukan tu.
Belajarlah untuk setia Fara hoi!!!

Oh ya, food supplement for skin pulak, Fara dah gantikan produk
Emilay - Whitening Clearing Spot dengan Blackmores - Grape Seed Forte 1200. 
Alaaa.. apa-apa jenama pun should be okay. Just consume seperti yang diarahkan kat botol tu.
Selalunya sebiji je sehari sebelum tidur. Kalau was-was, tanyalah pakar. Ok?

Macam tu jugaklah dengan Vitamin C. Apa-apa jenama pun should be fine.
Kalau beli yang dos sebiji = 1,000mg, selalunya just ambil sekali sehari.
Kalau yang dos sebiji = 500mg, baru lah consume 2 kali sehari.

Dah consume supplement ni (especially Vitamin C) kena banyak minum air kosong ye.
Jangan malas-malas. Lagipun memang ianya digalakkan kan? Nak-nak kalau nak kurus. *eh tetiba?



FRAZZO: Coretan ni bukan bertujuan nak mempromosi produk, bukan juga iklan berbayar. Just nak share experience je. Kerana dirimu begitu berharga. Hehe.

No comments:

Post a Comment

Komenlah seikhlas hati.
JANGAN guna perkataan-perkataan yang tak sepatutnya. INGAT!