Sunday, May 15, 2011

''Mek Rajin''

Hari ni memang mood betul-betul nak menulis. Kebetulan tengah berangan sorang-sorang teringat pulak fasal 'mek rajin'. Haha. Macam ni kisahnya, masa tu umur fara ... alamak, tak ingat pulak. Takpe la, abaikan ye. Fara waktu tu makan nasi lauk kari ayam. (Kari.. my feveret!) Dah habis makan, baru perasan mungkin lauk tu tertumpah kot, ada la kesan dekat karpet. Mula-mula tu ingat nak biar je, tapi agaknya hati tengah suci masa tu, cakap la jugak kat arwah nenek angkat fara. Arwah suruh ambil cebok dengan berus, sental sikit kat kesan tu. Fara pun pergi la buat apa yang disuruh. Lepas tu, arwah cakap kat fara, beliau nak pergi rumah jiran kejap. Beliau suruh fara tengok-tengokkan adik tu sekali. Agaknya otak cetek lagi masa tu, sental punya sental, tiba-tiba terfikir, kenapa la arwah suruh guna air dalam cebok je, sikit sangat, baik guna air dalam baldi. Fara pun ambil la baldi dalam bilik air terus fara simbah kat karpet. Yang bestnya, basah satu ruang tamu. Tapi masa tu macam tak bersalah je rasa, siap boleh menyanyi-nyanyi sambil sental terus satu karpet. Adik fara pun join sekali. HAHA! Bila arwah nenek angkat fara balik, astaghfirullah, kecoh habis. Arwah tarik telinga fara sambil membebel-bebel. Aduh! Arwah suruh tarik karpet tu sidai kat pagar. Berat la pulak karpetnya. Tapi gunakan jugak kudrat yang ada. Masa tu jiran-jiran depan tengah borak-borak kat buaian, terus tanya, kenapa ni, arwah pun cakap la, 'mek rajin' ni punya kerja la, orang suruh sental sikit, habis satu karpet di sental. Adeh, malunya rasa. Pastu fara kena mop lantai. Agaknya arwah tengok fara dah tak larat, arwah pulak yang mengemop. Hoho.



Frazzo: Mungkin ada yang terfikir kenapa nenek angkat. Yes, i do have adopted family. When my parents go to work, they send me to their house. ;)

4 comments:

  1. HAHA. rajin yg terpaksa tu nas91

    ReplyDelete
  2. walaupun rajin yg terpaksa..tp ikhlas dihati utk menunaikannya kan ^^

    ReplyDelete
  3. @nas91: yela kot, tak pun mungkin tade perasaan :p

    ReplyDelete

Komenlah seikhlas hati.
JANGAN guna perkataan-perkataan yang tak sepatutnya. INGAT!