Friday, April 17, 2015

Spaghetti Udang Tomato Masala **[PEDAS]**

Hmm. Maaf la. Bab nak bubuh nama resipi ni Fara fail sikit.
Tapi bab makan-penuh-lahap-tolak-batu-kayu Fara expert lah. Hehehe.

Tanpa membuang masa, Fara nak share resipi yang diolah mengikut citarasa sendiri.
Resipi asal boleh rujuk buku masakan - 660 Curries by Raghavan Iyer.













Saiz hidangan: 3 orang

Bahan-bahan yang diperlukan:-

Bahan-Bahan A
250 gm Spaghetti
5 - 6 cawan Air
1 tbsp Minyak Masak atau 'Olive Oil'
1 tsp Garam
Bahan tambahan *tak taruk pun takpe*: 1 biji Telur 

Bahan-Bahan B
7 - 8 tbsp Minyak Masak atau 'Olive Oil'
4 - 5 biji Bawang Merah *dicincang*
3 - 4 ulas Bawang Putih *dicincang*
1 tbsp Serbuk Jintan Putih
2 - 3 tbsp Serbuk Cili
1 tbsp Garam Masala
4 tbsp Pes Tomato
1 biji Tomato *dipotong dadu* atau 6 - 7 biji Tomato Ceri *dibelah dua*
1 tbsp Gula
Secubit Garam
1 cawan Air
Bahan tambahan *tak taruk pun takpe* : 1 pkt Instant Mushroom Soup with Cheese, beberapa batang sosej yang dihiris tebal, Chilli & Parsley Flakes secukup rasa.

8 - 10 ekor Udang Harimau *dibuang kulit*
*Nak tambah atau tukarkan Udang kepada Lala ke Kupang ke pun boleh. Fara ni sebab memang suka udang.
Tapi nanti nama resipi bertukar jadi Spaghetti Seafood Tomato Masala la kan? hehehe..* 





Cara-cara penyediaan:-

Bahan-Bahan A

(1)
Rebus spaghetti guna bahan-bahan A kecuali telur. Biar sampai kembang cantik. Toskan. Kalau yang nak guna telur, lepas tos, pecahkan telur, gaul sekata.



Bahan-Bahan B

(1)
Sambil rebus spaghetti tu, ambil kuali lain. Panaskan minyak. Api sederhana. Masukkan bawang merah. Kacau-kacau sikit. Pastu masukkan serbuk jintan putih. Kacau dalam 30 saat.

FaraFrazzo


(2)
Masukkan bawang putih dan kacau. Kemudian masukkan pes tomato, serbuk cili, garam masala, gula dan garam. Kacau rata dalam 30 saat. Kemudian masukkan air. Biarkan seketika.



(3)
Masukkan tomato dan sosej. Kacau dalam 20 saat. Then, masukkan serbuk instant mushroom soup. Kacau sampai jadi agak pekat.


(4)
Kemudian, masukkan udang. Taburkan chilli flakes dan parsley flakes. Kacau rata. Biarkan seketika. 



(5)
Masukkan spaghetti yang dah digaul dengan telur tadi. Gaul semua hingga sekata. Tutup api.
Spaghetti Udang Tomato Masala sedia untuk dihidang. 


Taburkan sedikit chilli flakes, parsley flakes dan grated parmesan cheese
supaya spaghetti anda tak nampak kosong. Hehe.


Jangan pandang pada rupa luaran. 
Korang cuba pulak masak sendiri. Sure tak menyesal. 
Kalau korang memang suka pedas rempah, confirm-confirm lah korang suka ni.
Nak buat pun senang. Selamat mencuba!

Thursday, April 9, 2015

Alhamdulillah, It is Getting Better!

Assalamualaikum semua.

Ingat tak Fara pernah post entry pasal masalah kulit muka Fara yang teruk?
Kalau tak ingat, boleh klik sini untuk baca dan lihat sendiri.

Dalam entri tu jugak Fara stated mild skincare yang Fara pakai untuk repair balik kulit muka.
Tapi sebab Fara tahu ada yang malas nak baca balik, Fara bagitahu je lah.
Fara pakai Cetaphil - Gentle Skin Cleanser. Krim ke toner ke langsung tak sentuh.

Bila ruam-ruam merah yang hideous tu dah jadi kering and gelap,
Fara try pakai produk Kzanah Anggun White by Cosway as suggested by my beloved momma.
Kali ni Fara pakai pencuci muka, toner & moisturizing cream.

ALHAMDULILLAH, hari berganti hari,
Fara makin selesa dengan perubahan positif kulit muka Fara.
Sehingga entry ni ditaip, berbulan-bulan jugak la Fara dah guna Kzanah tu.
..........dan inilah hasilnya!!! *tepuk tangan*

 





No edit. No filter. No make up.

Nak dibandingkan dengan dulu,

ni kiranya dah 95% in great condition lah. 
Hmm.. apa komen anda?









Walaubagaimanapun, tak dinafikan, lambakan produk kecantikan kat pasaran
adakalanya buat jiwa Fara goyah untuk setia dengan produk yang Fara pakai sekarang.
Tapi bila fikir-fikir balik, tak sanggup dah nak tempuhi fasa yang memalukan tu.
Belajarlah untuk setia Fara hoi!!!

Oh ya, food supplement for skin pulak, Fara dah gantikan produk
Emilay - Whitening Clearing Spot dengan Blackmores - Grape Seed Forte 1200. 
Alaaa.. apa-apa jenama pun should be okay. Just consume seperti yang diarahkan kat botol tu.
Selalunya sebiji je sehari sebelum tidur. Kalau was-was, tanyalah pakar. Ok?

Macam tu jugaklah dengan Vitamin C. Apa-apa jenama pun should be fine.
Kalau beli yang dos sebiji = 1,000mg, selalunya just ambil sekali sehari.
Kalau yang dos sebiji = 500mg, baru lah consume 2 kali sehari.

Dah consume supplement ni (especially Vitamin C) kena banyak minum air kosong ye.
Jangan malas-malas. Lagipun memang ianya digalakkan kan? Nak-nak kalau nak kurus. *eh tetiba?



FRAZZO: Coretan ni bukan bertujuan nak mempromosi produk, bukan juga iklan berbayar. Just nak share experience je. Kerana dirimu begitu berharga. Hehe.

Monday, March 31, 2014

AAARRGHHHH.. MUKA AKUUU..!!!

Kulit wajah fara ni jenis yang bermasalah.
Berminyak, berjerawat, berparut.
Liang-liang pori pun boleh nampak.
To certain people sebenarnya takdelah obvious sangat.
To me, selagi tak sebersih sesuci kulit bayi, it's not okay! Lulz.

Fara previously pakai set Garnier Light sebab teruja tengok kulit cousin.
Tapi tak sesuai pulak untuk fara sebab rasa perit je muka.
Then fara pakai set Nanowhite. Bertahun-tahun jugak lah setia sebab kulit muka fara
jadi licin dan halus lepas pakai. But still, parut jerawat susah nak hilang la.
Krimnya pun tak berminyak. Awakening snow wash dia pulak buat muka rasa fresh.










Ni lah kulit fara zaman awal diploma.
Masa ni dah pakai Nanowhite.









Namun begitu, ada satu kisah yang buat fara rasa terkilan sangat.
Satu hari tu fara dapat Sabun Beras as free gift bila purchase some stuff via online.
Fara teringat orang ada cakap yang sabun beras bagus.
Tanpa fikir panjang, fara pun pakai la sabun tu buat cuci muka.

Tak semena-mena, after several days, jerawat terus tumbuh melata.
Mula-mula ingatkan proses biasa dia nak buang lebihan sebum.
Lama-lama macam makin teruk pulak, terus stop pakai. Menyesal tak sudah!










Look what Sabun Beras had done to my face!










Masa ni lah kawan fara datang recommend satu produk aunty dia jual.
Katanya adik dia ada masalah sama dengan fara but now dah okay.
I bought and try it with no hesitation.
Tapi macam leceh sikit sebab krim malam dia jenis melekit.
Sapu kat muka pun susah nak absorb.
Krim pagi plak fara tak minat sebab macam bb cream versi compound.
Mula-mula fara macam puas hati jugak lah.
Masalah kulit fara jadi kurang but after a while, muka jadi gatal-gatal.
So, I really had to say goodbye to Set Collagen Plus Vit E.

Dalam pada tu, fara still taknak pakai semula Nanowhite.
I think it's about time to search for the one that makes my skin go super flawless.
Setelah baca dan percaya dengan testimoni-testimoni yang ada,
Fara beli pulak SF Beauty Set Vit C setelah seminggu lebih berbare-faced.










Me (left) after applying the SF Beauty for days.










Hasilnya memang sangat-sangat memuaskan hati at first.
Krim-krim dia pantas je serap even sabun dia agak menegangkan muka.
Jerawat baru nak bertapak pun terus tutup kedai.
Dapat jugak fara merasa ada kulit bersih walau parut still boleh nampak.
Fara perasan kulit fara pun makin bertambah glowing and fairer.

BUT

Semua tu tak lama sebab akhirnya muka fara jadi lebih hideous as ever.
Ruam-ruam merah mula naik bagai tiada hari esok.
Masa ni memang betul-betul malu dengan orang sekeliling.
Diorang tegur, "Eh, kau kena chicken pox ke?"
Nak senangkan cerita, fara iye kan aje. Haih la fara oi!










Me after weeks of applying SF Beauty.


















Ke hulu ke hilir dengan muka macam ni.
Malu tau sebenarnya. Wuwuwuu..








Mulai saat tu, fara terus give up. Muka ta pakai apa-apa dah.
Menyesal pun dah takda gunanya. Muka dah teruk.
Kali ni sebulan jugak lah fara biar kulit muka bebas bernafas.

Then, mama fara suruh pakai mild facial wash as aid in repairing my skin.
Fara pergi lah Guardian cari satu walau rasa takde hati pun nak cari.
Akhirnya berkenalan jua dengan Cetaphil - Gentle Skin Cleanser.
So far, fara just pakai cleanser dia je and what can I say, it suits well on my skin.
Yang tak bestnya dia tak berbusa. Maybe sebab fara dah terbiasa buih-buih kan.
Krim pulak fara masih taknak cuba apa-apa even from the Cetaphil brand.

Fara decided jugak nak try food supplement for skin.
Fara ambil Emilay - Whitening Clearing Spot before bed.
Penyebab fara beli Emilay ialah kerana ramuan utama dia ialah grape seed.
Google bagitahu fara yang "grape seed can work wonders on your skin,
whether you are dealing with acne, aging and rough spots."
Yang tak syoknye Emilay ni banyak yang tiruan.
So kalau y'all nak cuba jugak, pastikan yang original okay?

Selain tu, I've start consuming Vitamin C after breakfast / lunch.
Air kosong pun fara minum berbotol-botol sekarang.
Alhamdulillah, kulit muka fara nampak semakin pulih hari demi hari.

Fara nak cakap lebih-lebih takut tetiba jadi lain pulak.
For now, what can I say is I'm quiet satisfy.
For long-term pulak I really hope my skin condition will get better. Insha Allah.

*** Nak tengok kulit muka Fara yang terkini, boleh klik sini.

FRAZZO: Asalnya taknak pun post pasal ni. Ye lah, malu tau. One thing for sure, fara tak berniat pun nak jatuhkan bisnes orang. I'm just sharing my own experience using those range of products. Mungkin orang lain takde masalah pun dengan produk-produk yang fara pernah pakai tu kan?

Friday, February 28, 2014

My Memory with A Liar.

Kadang-kadang kita tak minta pun untuk ingat memori lalu.
Ia datang sendiri. Semulajadi.

Adakalanya kita sendiri yang gatal nak ingat balik.
Sebab kita terjumpa sesuatu tentang dia.

Tengah saja-saja kemaskini folder komputer riba,
tak semena-mena muncul file name MR.LOBALOBA.

Omaigad! Tak buang-buang lagi ke?

Dalam pada nak klik ke taknak klik,
akhirnya terklik jua.

Seperti dah diduga, air mata jatuh berjuraian.
Tersengguk-sengguk. Taknak berhenti pulak tu.

Setiap gambar ada cerita. Bertahun-tahun punya cerita.
Aku sadis. Aku pilu. Pengakhiran ceritanya tak seperti yang aku harap.

Kenapa lah kau tak berterus-terang je?
Kenapa kau kena biar aku yang found out sendiri? Kenapa?

Hati aku masih sakit. Sakit dengan muka slumber kau.
Dah la taknak mengaku. Kena psycho baru nak cakap hal sebenar.
Depan kau aku sabar. Buat-buat macam nothing happened.
Padahal ikutkan hati aku nak tumbuk je kau, tahu tak?

Yang paling aku terkilan. Kau tak mintak maaf.
Mintak maaf kerana pergi pada yang lain.
Aku ada perasaan. Perasaan mendalam untuk kau.
Tapi apa yang aku dapat?

I hate knowing you.
I wish I never knew you.

Now that I found someone new.
I hope he is not like you. I really do hope for it.
Enough with the tragic ending.
I want to be in a happy-ever-after love story. Amiinn..

:)

FRAZZO: I'm thirsting for your tears. Boleh tak berharap yang satu hari nanti kau akan rasa kekecewaan aku? Wuwuwuuu

Monday, July 22, 2013

Lawatan ke Perkampungan Orang Asli, Kuala Kubu Bharu Yang Takleh Dilupakan!

Fuh. Baru berkesempatan nak update belog. Busy betul oh!

Ok. Kali ni Fara nak cerita fasal pengalaman di perkampungan orang asli.
Hari tu, Fara dan group Community Service telah pun ke Kuala Kubu Bharu.
Tujuannya ialah untuk melawat perkampungan orang asli di sana.
Fara lalu ikut Ulu Yam, jalan yang penuh liku-liku dan naik turun bukit yg adventurous
bagi sebuah kereta bibah auto untuk menempuhinya.
Alhamdulillah, bibah berjaya mengangkut kami ke destinasi yg didambakan (*eh?).

Mula-mula tu terfikir, macam manalah agaknya penerimaan dorang kat kami ni ha.
Yela, kami datang pun dengan buah tangan yang tak seberapa.
Stok makanan sikit, baju-baju pun takde la banyak mana.

Sesampainya kat perkampungan tu,
kitorang tengok takde siapa pun yang menyambut kitorang.
Hmmm.. agaknya dorang tak suka kot kitorang datang.
Barang-barang yg kitorang bawa pun dikubangkan di sebuah bangsal rehat.

Dengan secara tiba-tiba dan tak kena, (cecuba teka ayat siapa ni..heee..)
kitorang dengar ada salah sorang dari orang asli tu terjerit-jerit.
Yang lagi tragiknya, beliau jerit-jerit guna bahasa beliau.
Apakah yang diperkatakan olehnya?
Adakah kami perlu berperang?
Sungguh! Kami ketakutan yang teramat!!

Lepas tu kami nampak orang. Ye, orang. Sungguh ramai.
Tu dia berpulun-pulun surirumah dengan anak-anak sekali serbu kami woii!

Ok Fara paham dah sekarang.
Makcik yang jerit-jerit tadi tu panggil kengkawan dia suh keluar jenguk kitorang. Hehe.

Dorang nampak sangat eksaited tengok pakaian n sedikit makanan yang di bawa.
Dannn.. dorang bertutur dengan bahasa yang kitorang faham. Nasib baik!
Mintak maaf ye semua sebab Fara risau sangat takut ada masalah komunikasi.
Apa yang lebih membahagiakan, dorang nampak bersungguh-sungguh memilih pakaian.
Ada jugak orang asli glamor yang melatah rupanya.
Memang lagi kecoh la dibuatnya! Hehee

Ni sebahagian gambar bersama dorang yang sporting :)













Frazzo: "Look at the sky! There's no need to cry. 
Ain't no money, but we got SUNSHINE.." :)

Sunday, October 28, 2012

It's Almost The End!

It's almost the end of October yet I still couldn't believe it!
This mean, there's only two months left before leaving the most dramatic year of mine.
And yeah, it has been FIVE months I'm wearing those so-called robocop teeth. Ehe.
The good news is, the doctor said to me that my teeth is unlike others, which means,
it has already well-arranged in such a short-time!
I was like, "Whoa, you're not kidding me, are you doc?" HAHA!
(I do notice about my teeth, but it isn't wrong to pretend that I'm not, right?)
Alhamdulillah, there is no other power in this universe which can defeat His.
In my next-month appointment, I'm going to say goodbye to my bottom braces.

Actually, I've been given TWO options by the doctor, whether
1) to remain using both top and bottom braces ; OR
2) to get rid of the top OR the bottom braces


(There is no third option: to get rid of the entire braces because my bills are still on.
By letting me remain using it, I won't run away w/o settling up those bills. Ehe.)


I told the doctor that I'm choosing the first option.
However, several days later, while I'm chit-chatting with a good friend of mine,
she scares me out with a few magical words that suddenly changes my mind.
(I'm not going to say it here because I swear, it won't gain your interest)
So, I'm into the second option, indeed!








*Looking good, huh? Pfft.








FRAZZO: I'm going to miss you a lot, later on :(

Thursday, July 12, 2012

Berhati-hatilah Wahai Penunggang!

A short entry as a reminder.
Berhati-hatilah di jalan raya wahai penunggang motosikal.
Ada dua kes berlaku depan mata pada pagi yang sama hari tu.
Nak tercabut jantung fara tengok tau.

Firstly kat Jalan Tun Razak menuju Mahameru.
Pagi-pagi memang situ agak haru-biru.
Semua sedia maklum yang motor senang mencelah sana sini.
Salah celah boleh mengundang padah kan?
Mungkin hari tu si penunggang terlebih lipat handlebar motor dia.
Terjatuh atas jalan.
Nasib baik la BMW X6 tu sempat break. Alhamdulillah!

Next case, kat Jalan Bangsar.
Jalan situ smooth sikit.
Yang si penunggang motor tu dari lane kiri nak ke kanan,
nak buat u-turn (area susur Jalan Maarof tak silap, malas nak google).
Jangan la terus menonong masuk lane tu.
Padahal ada kenderaan datang, tengok side mirror tu.
Toyota Vellfire tu nasib baik tak laju.
Jangan ralit sangat dok bercerita ngan orang belakang,
sampai tak sedar tindakan anda mampu membahayakan keselamatan.



Frazzo: Semua kejadian tu boleh berlaku kat kenderaan lain jugak.
Fara pun belum cukup bagus memandu kereta dengan berhati-hati.
Fara cuma suarakan keprihatinan Fara dengan penunggang motosikal.
Semoga Allah melindungi kita semua dari sebarang kecelakaan. Amiin.


Friday, May 18, 2012

Sakit-Sakit Dahulu, Cantik-Cantik Kemudian!

Alhamdulillah, impian fara dah tercapai :)
Dah dekat 6 tahun fara impikan impian tu. Hoho.

Dengan ini memperkenalkan -
Cik Fara, si Gigi Landasan Keretapi !!!



* Tepuk tangan kuat-kuat semua !

Hari ni hari ketiga fara pakai mende alah tu.
Guess what?
Kata-kata doktor yang menakutkan -
akhirnya menjadi kenyataan!

" Mula-mula awak pakai, awak mungkin takkan rasa
apa-apa lagi. Bila dah lama sikit, awak mula rasa ngilu,
ulser start tumbuh, and awak rasa tak selesa sangat! "


Adeh. Sekarang ni rasa sebijik macam doktor cakap!
Tapi takde la fara rasa menyesal.
Sebab susunan gigi fara pun memang tak sama.
Makanan senang terselit,
plague-plague gigi yg jahat pun senang berkumpul. Huhu.

Lagi satu, rahang bawah fara terkehadapan dari rahang atas.
So, doktor tu taruk -apebendetahnamanye- untuk tinggikan ruang antara rahang atas dan bawah.
Gigi bawah seperti ditolak ke belakang (memang rasa ngilu gigi bawah tu),
Gigi atas pulak seperti ditarik ke depan (kejongosan terasa).

Kesimpulannya,
FARA DAH TAK DAPAT MAKAN SEDAP-SEDAP!!!!
Kenapa?
Sebab gigi atas dah tak boleh katup rapat dengan gigi bawah!
Nak kunyah camne kan? kan? Huhu.

Jadi,
Kepada mereka yang mengalami nasib yg sama dengan fara,
Fikirlah semasak-masaknya sebelum pakai braces ni.
Adakah anda sanggup menjalani kisah seperti ini? Fikirkanlah!!


FRAZZO: Lain orang, lain kisahnya. Ye dok? LALALALA~

Wednesday, April 25, 2012

Erasing Everything!

I'd try my best
To set things back
To own you
To be yours

Guess what
It's not worth trying hard
No sign, no clue
of being together again

How could you
Finished me with three words
With four letter lie
Leaving me drowning

Frazzo: Be strong Fara, be strong!

Sunday, April 1, 2012

Pra-Selamat-Tinggal! HAHA

Tak sangka lagi 2 minggu nak habis praktikal dah kat De Palma Hotel Ampang tu haa. Dua bulan memerah keringat kat department Sales & Marketing, dan sekarang membilang hari kat department Human Resources. Tiba-tiba timbul satu perasaan yg luar biasa. Ye, perasaan sayang. Sayang nak tinggalkan De Palma. Tak tahu kenapa. Diorang kat sini memang awesome. Tapi tu la, ramai pulak dah nak tinggalkan De Palma. Tetiba rasa nak cepat masa berlalu pulak, taknak bertemu orang baru. I would want to be with the first-time people I met with on the last day of my contribution to De Palma.

De Palma Hotel Ampang, I'm going to miss you soon!

Frazzo: When I say I'm going to miss you soon, I don't mean the hotel, it's the staff! LOL

Friday, February 17, 2012

Ada Apa di De Palma Hotel Ampang?

Jarang rasanya hotel-hotel di Malaysia ni menganjurkan program-program yg berunsurkan syariah. Sebagai pelajar yg membuat praktikal di bahagian Jualan dan Pemasaran di sana, saya telah terpanggil untuk berkongsi program-program yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini. Jemput semua hadir lah ye. Jangan bimbang tentang lapar dan dahaga kerana jamuan ringan ada disediakan :)



Ni je lah yg saya tahu dalam masa terdekat ni. Alang-alang dah update blog tak laku ni, saya nak promote sekali Gala BBQ Dinner yang harganya murah je beb!

Oleh kerana tulisan bawah ++ tu kecik, maka dengan ini saya ingin khabarkan bahawa Rm55++ tu utk dewasa dan RM30++ tu untuk kanak-kanak berusia 7-12 tahun. Bawah daripada tu, FREE!

So, apa tunggu lagi? Meh la datang ramai-ramai :)

Frazzo: Encik Zamir, saya dah promote dah ni. Elaun bulan ni kasi lebih ek? Lalalala..

Thursday, December 8, 2011

Cemburu Harus Bertempat?

Haruskah? Mengapakah?

Cemburu tu sebenarnya petanda yang bagus. Kalau tak cemburu tu, korang boleh jamin ke dia sayang kat kita? Hoho. Bagi Fara, mungkin istilah cemburu tak bertempat tu tak perlu pun wujud. "Ek eleh, kau sapa Fara oi? Suka-suki kau je kan?" Ok, ok, sori la. Ni cuma pendapat Fara ye. Tak suka takpe, tak marah pun ;)

Contoh keadaan di mana orang cakap ianya adalah cemburu tak bertempat ialah bila si suami terperuk celah ketiak emaknya setiap masa. Ni CONTOH ye. Si isteri pulak dibuatnya macam ada takde je dalam rumah tu. Bila si isteri buat muncung itik, mula la bebel cakap bini tu cemburu tak bertempat. Come on la guys, dah kalau 24/7 awak dengan mak, mahunya tak jeles si bini tu.

Seterusnya: Bayangkan kita tengah elok keluar jejalan reramai dengan dia ngan kengkawan dia, boleh la pulak ada member dia yang berlainan jantina dengan dia main tepuk tampar cubit-cubitan dengan dia DEPAN mata kita. Jeles tak? Jeles tak? Tipu la tu kalau tak jeles. Dia boleh cakap kat kita, "Yang, dia tu kawan i la, jangan la jeles". Tolonglah berperasaan wahai si pasangan oi. Kita ni jeles sebab awak merelakan diri di tepuk tampar cubit bagai depan mata kita. *Hmmm, macam mana la agaknya kalau kat belakang kita ye? Haih.

Secara alam maya pulak, kita boleh terasa hati bila pasangan kita bergurau lebih-lebihan dengan kawan dia yang berlainan jantina. Tak kisah la chat ke, comment ke. Nak nak kat Facebook sekarang ni apa jua yang kita 'Post' atau 'Like' semua keluar kat kotak tepi belah kanan tu.

Contoh komen-komen jengkel yang dilakukan pasangan dan kawannya yang boleh menyumbang ke arah kecemburuan tahap biasa tapi tak boleh diterima oleh perasaan ialah :-

ASBESTOS : u, u cakap nak bawak i naik basikal u.
BOMBOM : bole, tapi basikal posmen dolu-dolu tu, i sumbat je u dalam beg tepi tu. hehe.
ASBESTOS : alaaa, u ni jaat tau, i tanak naik basikal lama tu.
BOMBOM : ke u nak duduk dalam beg tarik, senang i tarik u. hehe.
ASBESTOS : eeei, tanak laa! kata nak bawak i dok belakang basikal u. jaat tau u ni.

Mungkin ni biasa je bagi sesetengah orang. Tapi kalau nak cemburu pun tak salah sebab kemain lagi siap janji nak bawak naik basikal sama-sama. Korang nak ke pasangan korang naik basikal berduaan ngan orang lain? "Ek eleh, gurau-gurau je kot. Rilek sudah." Gurau pun ada limit la. Dah la kawan dia tu adalah orang yang pernah pasangan kita suka dulu. Lepas tu, komen-komen tu telah disorok daripada pengetahuan kita. Pelik. So, tak salah kan cemburu?


FRAZZO: Kita berkawan ada ADAB kan. Kalau boleh, jangan lah sampai pasangan kita terasa hati dengan kita. Ok? ;)

Friday, August 26, 2011

'Tersakah Calap'. HAHA

"Oi. Benda apa kau merapu ni? Tempeleng nak?"

Erk. Jangan marah. Fara bukannya nak mengarut, jauh sekali mencarut-carut. Fara nak kongsikan pengalaman sendiri dan orang sekeliling fara yg pernah terjebak dengan wabak ni. Agak-agak korang faham tak apa yang dimaksudkan dengan tajuk tu?

"Bagitahu je boleh tak? Banyak benda lain aku nak fikir. Bla..bla..bla.."

Ok. ok. Maksudnya, Tersalah Cakap. Huhu. Fara yakin wabak ni dah lama dah merebak dan mesti pernah jadi kat semua orang. Yela, bila nak cakap sesuatu, tak pasal-pasal bahasa alien pulak yang keluar. Contohnya:

Mak Limah : Siti...meh tolong mak masak kat dapur!
Siti : Kejap mak, siti nak kasur kaput jap!
Mak Limah : Apa kau cakap, nak?
Siti : Ewah, tersalah pulak. HAHA. Siti nak kapur kasut kejap la mak!

Dapat tangkap tak kat situ? Kita tak rancang pun nak cakap macam tu kan? kan? Hoho.

Contoh lain yang menggelikan hati ini ialah nasi goreng, jadi nari sogeng.
Nasib baik la tak sebut sani rogeng.
Buatnya kat kedai makan tu ada nama Sani, kena tengking gamaknya sebab
bunyi dah dekat-dekat dengan 'ronggeng' pulak lepas tu.




Selain dari bahasa alien, kadang-kadang kita tersalah cakap dari segi 'tak kena tempat'.
Fara yakin ia pernah jugak jadi kat korang. Contohnya:

"...fire in the hole...bomb's on the ground..."

Leman : Haih, bila la counter-terrorist ni nak mampuih!?!!

"...kring..kring....kring..kring..."

Leman : Ah doi, sapa pulak call ni! Kacau betul!!!

Mengangkat jua gagang telefon walaupun perit je rasa sebab tengah syok main game.

Leman : Bismillahirrahmanirrahim..!

.......sepi seribu bahasa, tiada jawapan.......

Leman : Eh eh eh. Salah. Assalamualaikum..!!

Mungkin korang tak pernah jadi sebijik macam cerita kat atas tu.
Tapi korang pernah kan berada dalam situasi tu? Hoho.
Kelakar je rasa. Malu tu ya jugak kot. Nak, nak kalau tersalah cakap depan orang.
Silap-silap boleh kena bahan kaw-kaw punya. Hee.

Frazzo: Contoh kejadian adalah berdasarkan kisah benar.
Korang rasa yang mana satu jadi kat fara? HAHA
:p

Friday, July 22, 2011

Cicak Memang PANDAI. Haih!

Perasan tak kat rumah kampung ke, rumah bandar ke, rumah sakit, restoran, kedai pam minyak, hostel, hotel, motel, blablabla...mesti ada cicak? Melainkan ada perangkap yang macam kulit buku tulis yang ada gam tu. Itu pun fara rasa tak berapa nak mujarab. Fara tak pernah cuba tapi fara yakin cicak zaman sekarang ni pandai-pandai belaka sebab korang tengok jela kat opis korang, dewan kuliah tak pun kat makmal korang duk test itu ini pun ada cicak. Haih.

#Fara tengah menaip ni pun cicak buat bunyi kat siling tu ha!
Dah tahu le tuh nak kena gosip! Ceitt..ceitt..ceitt..

Kenapa fara cakap cicak pandai?

Let's begin with the FIRST story (:
Seperti yang diceritakan semula oleh seorang kawan kepada fara, masa tu beliau tengah syok layan novel jiwang karat sambil makan kerepek ubi pedas. Elok je beliau duduk kat lantai bersandarkan katil, tiba-tiba beliau perasan ada sesuatu melintas. Setelah dikenalpasti, beliau mendapati makhluk yang melintasi beliau tadi adalah seekor cicak yg gedempol. Mereka bertentang mata. Kawan fara baru nak tukar posisi badan, cicak tu dah terkedek-kedek lari. Ada niat tak baik le kot cicak tuh. Beliau sambung balik baca. Akhirnya, ramalan menjadi kenyataan. Beliau pusing je kepala, terang-terangan si cicak gedempol tadi mengepit sekeping kerepek menggunakan mulutnya dan terus di bawa lari.

Kesimpulan untuk cerita pertama ialah, Cicak Memang Pandai Mencuri..! Haih.


Let's continue with the NEXT story (:
Hangat diperkatakan oleh mama fara sendiri. Setelah diperhati dan dikaji sedalam-dalamnya, fara turut sokong kata-kata mama. Apa perasaan korang bila masuk bilik air nak mandi dan tetiba di skodeng? Konfem la rasa tak selesa kan? kan? Cuba tengok cicak yang ada sekali kat bilik air tu. Siyes rasa macam cicak-cicak tu 'informer', tak pun macam ada kamera kat mata dorang. Yela, dorang tengok kita tak berkedip pun oh! (Cicak kelip mata ke? Haih.) Fara ada rasa macam tu. Kalau boleh makan, dah lama buat satay. Semenjak termakan kata-kata mama, jumpa je cicak kat bilik air, fara mesti renjis-renjis pakai air, nak cicak tu pergi. Macam mana pulak la boleh wujud perasaan malu kat cicak ni? Haih =.='

Kesimpulan terakhir, Cicak Memang Pandai Skodeng..! Ye dok ni? Haih.


Frazzo: Cicak kat hostel fara semua debab-debab. Haih!

Saturday, July 16, 2011

Life With Zero Mistake Isn't LIFE ;)

Puuiih. Tajuk nak omputih. Ekselen dah ke English kau? Boo~

Ok la, fara ngaku. Fara tak terer pun bahasa omputih. TAPI percayalah! Fara sedang giat berusaha tererkan diri dengan language tu. Baru la fara boleh eksyen dengan Mek Salmah dari Scotland. Ye dok?

Walaupun begitu, entri-entri fara pastinya bukan 100% dalam Bahasa Inggeris. Hee :D

Kembali pada tajuk asal di mana Bahasa Melayunya berbunyi, "Kehidupan Dengan Kosong Kesilapan Bukannya KEHIDUPAN". Betul tak maksudnya tu? Erkk.. Nampak beno Google Translate. Hoho. Paham-paham la ye? This topic is based on self-opinion. Maybe some of you aren't agree with this but then again, it is FARA FRAZZO's ;)

Amatlah tipu kalu korang cakap korang tak pernah buat silap. Fara pun memang selalu tersilap-tersilap ni. Senang cerita, korang boleh cakap ianya ibarat makanan ruji yang diperlukan untuk terus hidup. Korang pun mesti pernah tercakap,"napelah aku ni buduh sangat buat macam tu tadi? ayoyo". Moh la baca bingkisan skrip filem yang ditulis oleh fara kat bawah ni. #Doakan filem tu box-office nanti. Hoho.

~ Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, pakai baju ~

Rosa Lidah : Ek eh, kamu tak mandi ye Bibir?
Jus Tin Bibir : Erkk, nak cepat lah mak! Dah lewat ni. Kelas pukul 8. Haih.
Rosa Lidah : Karang habis kelas terus balik rumah. Kamu pergi rumah Si Lena Gomak, siap kamu!
Jus Tin Bibir : Oh mak, sekejap pun tak boleh ke? #sambil menyarung kasut
Rosa Lidah : NO WAY BIBIR! Nak mak rotan laju-laju pergi la...... Ha! Yang kamu tu, kot ye pun nak cepat, tak payah la sampai sarung boot kebun bapak kamu! Ngamuk orang tua tu karang!!
Jus Tin Bibir : Ewah! Tersalah pulak. Ingat SUPRA® saya tadi. Heeee ;D #blushing


Pelakon Utama: Rosa Lidah sebagai MAK dan Jus Tin Bibir sebagai ANAK :D


Ok. Tu contoh kesilapan yang dilakukan oleh Bibir. Adegan tersebut pasti akan jadi kenangan yang menggeletek jiwa raga bila tiba-tiba beliau teringat satu hari nanti. Betapa malunya beliau pada saat tu. My point is, kesilapan la yang buat kehidupan tu betul-betul hidup. Cuba bayangkan beliau tak buat silap. Bangun pagi, mandi, siap elok-elok, blablabla, pergi kelas. Perfect je rutin harian beliau tu. Nisbah untuk mempunyai pelbagai perasaan akan menjadi tipis. Sebab apa? Sebab, adakah beliau akan mempunyai perasaan 'malunya aku'? Konfem la tak, kan? Mungkin la awal semester beliau ada jugak nak berperasaan happy sebab semester baru, buku baru. Tapi lama-kelamaan, rutin harian tu akan menjadikan korang sebagai manusia yang tak menikmati perasaan berkehidupan bila tiada kesilapan. Get my point? Huhu.

Macam tu la jugak kalu korang pernah tersilap pintu masuk pergi langgar kaca bank, tersilap bagi RM16 kat pakcik teksi yang sepatutnya RM12, ataupun tersilap masukkan bahan-bahan ketika memasak untuk pelanggan yang datang. (#Erkk, kenapa aku terasa ek? Abaikan.) Semua tu terjadi supaya kita rasa pelbagai perasaan dalam hidup kita. Sakit, kecewa, stress and macam-macam lagi. Susah oh nak berperasaan kalau kesilapan tak wujud. Nak bercerita kat kengkawan, anak cucu pun rasa tak syok sebab takde bende lain dari yang lain yang mencelah rutin harian atau apa-apa yang korang buat tu ;)

KESIMPULANNYA, you should be grateful as mistakes exist to colour and to be good to your life. Korang selalu dah dengar kata-kata sakti 'Learn From Your Mistakes' kan? kan? Apa kata, korang tambah pulak kata-kata keramat ni dalam wikipedia hidup korang, 'Without Mistakes, You Wouldn't Learn A LIFE'. Amacam? Hoho.



Frazzo: Memang stress bila tersalah rencah dalam masakan sekali tu. Pelanggan pulak berpusu-pusu masuk. Nasib baik Tuan Manager memahami, dia pulak tolong kat dapur. Kapten fara masa tu boleh pulak bantai gelak tengok muka stress fara. Akhirnya, dia kena sekeh dgn TM. Pastu fara pulak yang gelak. Kalau la fara tak tersilap, wujud tak berbilang perasaan macam tu? Hohoho ;)

Sunday, July 10, 2011

Persamaan Arsenal dengan Eyes Set To Kill

Assalamualaikum!

Hello readers. Hari ni fara nak share info kat korang fasal persamaan kelab bola sepak kegemaran ramai, Arsenal dengan band muzik keras yang hanya faymes kat golongan tertentu, Eyes Set To Kill (ESTK). Korang agak-agak apa yang sama? Jawab..Jawab..! Seploh saat! 10..9..5..2..1, Tett!! Adeh. Taknak cuba langsung ke? Jawapannya ialah......

Dorang tu bakal beraksi dekat Malaysia!!!

Ha, senang je kan? Why am I writing this entry? Kalau korang nak tahu (taknak tahu pun buat-buat je nak tahu), fara memang minat kelab Arsenal dan band ESTK tu. Tapi sayang, semester baru dah bermula. Kalau Kuantan ke Kolumpo tu sekangkang kera, kan bagus! Haih.


My favorite band ever, Eyes Set To Kill. Walaupun diorang kerap tukar ahli, dorang tetap BEST :D
Nak dengar lagu baru dorang yang buat fara ulang-ulang pasang, klik SINI.

Eyes Set To Kill dijadualkan perform hari ni, 10 Julai di One Cafe.
Arsenal pulak beraksi 13 Julai nanti di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Walaubagaimana pun, kekecewaan fara telah terubat apabila diberitahu bahawa kapten Arsenal, Cesc Fabregas tidak akan dibawa turun beraksi di Malaysia kerana kecederaan yang dialami beliau. Untuk berita lanjut, klik SINI. Fara teruja nak tengok dia. He plays well in the club including Encik Samir Nasri ngan Encik Van Persie. The truth is, fara lagi minat kat si Fabregas tu. Bila dia tak jadi datang, lega la rasa. Selagi fara tak tengok beliau 'live', selagi tu korang tak boleh tengok dia. HAHA!


Ni dia rupa Fabregas tengah berhempas-pulas untuk memastikan kemenangan kelab Arsenal =p

Khabar yang tak syoknya ialah Fabregas dan Samir Nasri diintai oleh kelab Barcelona. Harga yang diletakkan tu pulak mampu buat fara beli 'cash' kereta Audi sebijik. Semoga Pakcik Wenger akan jaga dorang elok-elok. Kalau tak, memang kena shaolin soccer si Wenger tu dengan fara. Haih.


Frazzo: Sesapa yang pergi tu, jangan lupa share story ke gambar ke dengan fara ye!

Wednesday, June 15, 2011

Digigit Pelesit? Macam Tipu Je!

This was one of the scariest experience in my entire life. Ni kisah benar ye. Bukan rekaan semata-mata. Terpulanglah pada semua sama ada nak percaya atau tak. Pengalaman ni fara dapat masa fara duduk asrama mula-mula masuk belajar dulu.

Fara dulu tak tahu pun apo kobondonye pelesit tu. Serius. Satu hari, fara bangun dari tidur, fara perasan ada belalang mati dalam selimut fara masa fara nak lipat selimut tu. Fara pun cakap la kat roommate fara "apalah binatang ni buat dalam selimut aku". Then beliau dengan muka terkejut cakap, "weh, tengok bawah kepala dia ada warna merah tak?". Fara cakap la ada. "itu pelesit tu, buang weh". Fara ikut arahan jela, fara buang ikut tingkap bilik. Fara pun mula la menyoal siasat roommate fara yang dah macam profesor serba tahu tu. Alhamdulillah fara akhirnya dapat la sikit info fasal binatang tu. Masa tu fara tak kena gigit lagi. Then ada satu malam, fara tidur lewat. Around 4 pagi gitu la. Macam biasa sebelum masuk tidur, fara pergi tandas dulu. Dari sudut belakang hostel, bilik fara hujung belah kanan, tandas hujung belah kiri. Turun 1kg jugak la berjalan ke tandas (yang ni tipu, jangan percaya.) Nak balik dari tandas tu, fara rasa semacam. Tapi fara buat 'baik' jela sambil berfikiran positif yang waktu tu sejuk. Bila masuk bilik, perasaan tu tak hilang lagi. Tak boleh jadi ni, baik tidur cepat. Salah fara jugak, tak baca doa, terus 'krohh..krohh..'. The next morning, bangun-bangun je fara rasa tangan fara sakit belah pelipat siku tu. OMG! Tangan aku! Kenapa semua ini berlaku kepada insan naif sepertiku? :|



Gambar ni diambil beberapa hari lepas kejadian.


Fara tak tahu pun tu angkara pelesit sampai la makcik kedai makan, Mak Ani, bagitahu yang tu sebab pelesit. Ok, pelesit tu bukan binatang tu semata-mata tapi ada 'makhluk' lain yang menjadikan binatang tu sebagai tunggangannya. Nak cerita details pun, fara tak berapa expert. So, tanya lah pakar ye. Yang musykilnya, hari tu takde la pulak jumpa pelesit bawah selimut. Apa-apa pun Mak Ani pun ada bagi nasihat suruh jaga diri, dekatkan diri dengan Allah selalu. Cuma fara tak tahu la pulak binatang tu menggigit. Tapi dah orang tua-tua cakap macam tu, fara percaya la. Kan diorang lagi lama makan asam keping. End of story.



Frazzo: Lepas kejadian tu, fara agak trauma sikit la. Ada binatang suspicious hinggap kat dinding bilik pun, terus tak boleh duduk diam. Roommate pun cakap la, tu MENTADAK la. Orang dulu-dulu selalu suka tanya, "mentadak mentadu macam mana -nama orang- tidur?" Hoho. Kena banyak study fasal binatang lagi la after this. Teruk bebenor, macam la duduk kat planet Pluto. Haih!

Tuesday, June 14, 2011

Renjis-Merenjis Pakai Kicap. Hehe

Lama tak update blog. Agak busy sikit lately. Akhirnya dapat jugak curi masa nak tulis entri ni. First of all, ni tak kena mengena langsung dengan sesi renjis-merenjis pengantin ye. It happened when I was 6 years old. Pagi tu arwah Cik Mek, nenek angkat fara, tiba-tiba je bawak balik sebakul jambu air yang cukup membuatkan fara dan abang-abang angkat fara, Aiman dan Hafiz untuk terliur. Gebu-gebu buahnya. Kitorang ingat nak ambil and terus makan tapi dihalang oleh arwah. Arwah cakap nak basuh dulu buah-buah tu. Tunggu punya tunggu, buah pun sampai. Arwah dah siap belah dua buah jambu tu, pencicah yg kicap campur gula pun ada. (Korang mesti penah makan buah cicah camtu jugak kan? Hoho.) Arwah tak join sekali sebab ada kerja kat dapur. Bila dah masing-masing makan, sepatah perkataan pun tak keluar. Nak-nak buah jambu orang bagi kan, memang jadi lazat yg tak terkata. I started to get angry when Aiman accidentally splat the kicap to my shorts. Fara rasa beliau tak sengaja tapi bila beliau tak mintak maaf, fara rasa macam dia sengaja. Lagi pun memang dulu fara dengan Aiman kuat gaduh berbanding dengan Hafiz. Then boleh pulak kitorang main renjis-renjis je kicap tu. Hafiz marah tapi kitorang macam dengar tak dengar je. The pathetic moment was when I realized I did splat the kicap on Hafiz revision book. Memang bertompok habis muka surat sebab buku tu terbukak. Bukan sikit tapi banyak. Tahun tu dah la Hafiz ambil PMR. Buku dah jadi camtu. Haih. Hafiz tak tahu sebab beliau masuk bilik air nak basuh tangan. Aiman pulak menggerak-gerakkan jari telunjuknya, "aiyo taktawu, aiyo taktawu". Hafiz keluar je dari bilik air, riak muka beliau macam nak ngamuk tapi tahan je. Mungkin beliau tahu fara baru 6 tahun and Aiman darjah 4. Beliau hanya ngadu kat arwah, and kitorang pun kena marah. Sorry Abang Hafiz. HEE




Frazzo: Jarang jumpa Aiman semenjak fara tingkatan 2 sebab lepas arwah nenek angkat fara sakit, arwah dijaga oleh anak lelakinya di kampung. Aiman ikut sama. Hafiz je masih stay kat rumah mak angkat fara. Kalau fara and family melawat arwah kat sana, mesti Aiman takde. Hari tu Hafiz kahwin, barulah dapat jumpa semula. Aiman maintain keding tapi dah tinggi la. Yg tak bestnye, kitorang pun tegur gitu-gitu je, apetah lagi nak gaduh. Dah besar kan. Hoho.

Tuesday, May 31, 2011

"Dipeluk Anjing" - Haih!

"Kakak ingat lagi tak, kakak kena peluk ngan anjing?", tanya mama secara tetiba. Mana boleh lupa oh, fara dah tadika dah pun masa peristiwa tu jadi. Masa tu fara cakap kat abah, fara nak main basikal kat lorong tepi rumah fara ni. Abah bagi fara main tapi dengan syarat kat lorong sebelah ni je, tak boleh pergi jauh-jauh. Fara pakai basikal yg tayar empat warna-warni tu. Hoho. Tengah elok-elok wat wikang (nampak beno nipunye), fara nampak ada la sekor anjing spesies Mr. Loba Loba. Fara stop la kat tepi, bagi laluan kat Mr. Loba Loba. Ingat betul la dia nak lalu dengan aman, tetiba dengan rangginya dia nak datang kat fara. Fara pun apa lagi, tergesa-gesa la nak kayuh basikal. Mungkin Mr. Loba Loba pernah jadi johan acara lumba lari 100 meter, maka sebelum sempat fara beredar, Mr. Loba Loba tanpa rasa bersalah melabuhkan punggungnya kat tayar belakang basikal fara. Fara tak tahu nak buat apa, fara jerit panggil abah, "abah! abah! abahhh!" Fara nangis, Mr. Loba Loba dah cakar-cakar pinggang Fara. Sakit! Ada jiran yg nampak, tapi tak tolong pun. Fara jerit lagi panggil abah kuat-kuat. Abah terkejut nampak anjing kat belakang fara, cepat-cepat abah datang tolong fara. Abah bawak kayu. Abah buat ape tah kat anjing tu, anjing tu lari. Abah cepat-cepat tarik basikal fara masuk dalam rumah. Abah suruh fara masuk bilik air. Pastu, fara pun kena samak. Calar balar pinggang den. Nasib baik takde tinggal parut. Nasib baik jugak fara tak cedera parah ke apa, terima kasih ya Allah, terima kasih abah :)




Frazzo: Mr. Loba Loba adalah spesies anjing yg ranggi, rambut berjurai-jurai menutup mata. Haih!

Sunday, May 22, 2011

Erkk..Ingat Sampai Tandas Dah!

Ni cerita lawak bagi satu family fara. Bila cerita balik, terkekeh-kekeh dorang gelak. Masa tu fara dah besar sikit, mungkin dalam tingkatan satu. Kitorang bercuti kat Kedah. Nak dijadikan cerita, satu malam tu kitorang baru lepas pergi makan, nak balik hotel semula. Jalan sesak pulak, terkandas dalam kereta. Boleh pulak time macam tu terase nak buang air kecik. Abah pun cakap sabar la kak, sampai hotel nanti pergi cepat-cepat masuk tandas. Sabar punya sabar, fara pun tertidur dalam kereta.

Yang syoknya, fara MIMPI fara jumpa tandas. Happy je rasa. Fara pun masuk la tandas tu nak tunaikan hajat. Siap test paip air lagi, tengok ada air ke tak. Entah macam mana pulak, abah fara masuk sekali tandas tu. Ek eh..... Bahu fara ditepuk-tepuk. Abah cakap, "Kak, apa kak nak buat tu?". "Jangan la kacau, orang nak ken**ng ni". Kali ni, pipi pulak ditepuk. "Kak, tandas belum sampai lagi". Fara tersedar. Fara bukan lagi dalam kereta, tapi dah kat tempat parking hotel, depan fara ada kereta kancil. Masa tu fara dah nak londeh seluar. "Erkk..Kak ingat dah sampai tandas dah". Aduh, malunya fara! Astaghfirullahalazim. Macam mane pulak boleh jadi sampai macam ni. Mama fara, adik-adik fara masa tu dah gelak gile-gile dah. Fara cepat-cepat ambil kunci dari abah, naik bilik hotel dulu. Dalam pada nak naik lif tu, tergelak fara sorang-sorang. Malunya!!!

Mama fara cerita balik. Masa tu dah sampai parking hotel, abah kejut la fara, nak bagi kunci suruh naik bilik dulu. Tiba-tiba fara bukak pintu terus menonong-nonong pergi kat kereta kancil depan kereta abah fara. Fara siap nak londeh seluar dah. Nasib baik abah cepat halang. Abah tepuk-tepuk pipi fara. Mama fara ngan adik-adik dah geli hati, terus ketawa dekah-dekah. Mama cakap nasib baik dalam kereta kancil tu takde orang. Yup, memang nasib baik. Kalau tak......



Frazzo: Jangan la jadi macam ni lagi pasni, or even worst from this. Malu tahu? Huhu