Monday, May 16, 2011

Terima Kasih Cikgu :')

Sempena Hari Guru ni, fara nak tulis tentang cikgu yang sabar layan kerenah fara yang mengada-ngada betul masa kecik. Terima Kasih CIKGU!

Masa tu fara darjah satu. Biasalah budak-budak kan, mesti main kejar-kejar la, main tiang la, nyorok-nyorok la sebelum tunggu loceng bunyi nak masuk kelas. Tengah dok berkejar-kejaran, boleh pulak fara tak fikir panjang pergi pijak rumput yang penuh lecak. Kononnya guna 'shortcut' la supaya dapat tangkap kawan fara. Akhirnya, diri merana. Kenapa? Sebab fara jatuh kat lecak tu. Aduh! Yang tak best lagi, kalau lecak tu air biasa je takpe, ni warna coklat keemas-emasan. Mati la. Dah la semalam cikgu cakap pakaian mesti kemas. Dah jatuh pulak, habis kotor semua dengan lecak. Kalau kasut je takpe, sebab selalu ambil pemadam papan putih, tepek-tepek je kat kasut. Hehe. Masa tu fara salahkan kawan fara, kononnya sebab nak kejar dia punya fasal la. Gaduh la kejap. Haha. Loceng bunyi, terus semua masuk kelas. Fara masuk jugak kelas, tapi duduk diam-diam je kat kerusi. Cikgu belum masuk tapi fara dah takut, yelah, meja sebelah meja cikgu je (masa tu meja cikgu kat belakang). Bila cikgu masuk, semua kena bangun ucap selamat. Fara tak bangun. Masa tu dah berjurai-jurai air mata. Cikgu tanya kenapa, fara terus bangun, cikgu terkejut tengok baju. Fara mintak maaf kat cikgu sebab tak dapat pakai kemas-kemas. Cikgu pun pujuk la fara jangan nangis dah. Cikgu terus bawak fara pergi bilik guru, bagi baju kurung stok sekolah (fara pakai uniform skirt masa tu). Fara pun pakai jelah walaupun agak besar sikit. Hoho. Terima kasih Cikgu Hashimah :)

Ada jugak yang masa fara muntah tu, dah darjah dua dah. Maaf sebab susahkan cikgu yang tengah syok mengajar. Jadi satu kerja pulak bila cikgu cedok batu kecik-kecik nak cover muntah tu kat lantai. Mungkin masa tu stor tempat taruk mop tandas berkunci kot. Fara takkan lupakan peristiwa tu. Terima kasih Cikgu Rohana :)



Frazzo: Selamat Hari Guru buat semua yang menjadi tenaga pengajar. Kepada cikgu-cikgu yang pernah mengajar fara di Tadika Melody, SK Taman Muda, SMK Pandan Mewah dan juga pensyarah-pensyarah sekarang, terima kasih di atas ilmu-ilmu yang dicurahkan. Tanpa cikgu, siapalah fara :)

No comments:

Post a Comment

Komenlah seikhlas hati.
JANGAN guna perkataan-perkataan yang tak sepatutnya. INGAT!