Friday, April 17, 2015

Spaghetti Udang Tomato Masala **[PEDAS]**

Hmm. Maaf la. Bab nak bubuh nama resipi ni Fara fail sikit.
Tapi bab makan-penuh-lahap-tolak-batu-kayu Fara expert lah. Hehehe.

Tanpa membuang masa, Fara nak share resipi yang diolah mengikut citarasa sendiri.
Resipi asal boleh rujuk buku masakan - 660 Curries by Raghavan Iyer.













Saiz hidangan: 3 orang

Bahan-bahan yang diperlukan:-

Bahan-Bahan A
250 gm Spaghetti
5 - 6 cawan Air
1 tbsp Minyak Masak atau 'Olive Oil'
1 tsp Garam
Bahan tambahan *tak taruk pun takpe*: 1 biji Telur 

Bahan-Bahan B
7 - 8 tbsp Minyak Masak atau 'Olive Oil'
4 - 5 biji Bawang Merah *dicincang*
3 - 4 ulas Bawang Putih *dicincang*
1 tbsp Serbuk Jintan Putih
2 - 3 tbsp Serbuk Cili
1 tbsp Garam Masala
4 tbsp Pes Tomato
1 biji Tomato *dipotong dadu* atau 6 - 7 biji Tomato Ceri *dibelah dua*
1 tbsp Gula
Secubit Garam
1 cawan Air
Bahan tambahan *tak taruk pun takpe* : 1 pkt Instant Mushroom Soup with Cheese, beberapa batang sosej yang dihiris tebal, Chilli & Parsley Flakes secukup rasa.

8 - 10 ekor Udang Harimau *dibuang kulit*
*Nak tambah atau tukarkan Udang kepada Lala ke Kupang ke pun boleh. Fara ni sebab memang suka udang.
Tapi nanti nama resipi bertukar jadi Spaghetti Seafood Tomato Masala la kan? hehehe..* 





Cara-cara penyediaan:-

Bahan-Bahan A

(1)
Rebus spaghetti guna bahan-bahan A kecuali telur. Biar sampai kembang cantik. Toskan. Kalau yang nak guna telur, lepas tos, pecahkan telur, gaul sekata.



Bahan-Bahan B

(1)
Sambil rebus spaghetti tu, ambil kuali lain. Panaskan minyak. Api sederhana. Masukkan bawang merah. Kacau-kacau sikit. Pastu masukkan serbuk jintan putih. Kacau dalam 30 saat.

FaraFrazzo


(2)
Masukkan bawang putih dan kacau. Kemudian masukkan pes tomato, serbuk cili, garam masala, gula dan garam. Kacau rata dalam 30 saat. Kemudian masukkan air. Biarkan seketika.



(3)
Masukkan tomato dan sosej. Kacau dalam 20 saat. Then, masukkan serbuk instant mushroom soup. Kacau sampai jadi agak pekat.


(4)
Kemudian, masukkan udang. Taburkan chilli flakes dan parsley flakes. Kacau rata. Biarkan seketika. 



(5)
Masukkan spaghetti yang dah digaul dengan telur tadi. Gaul semua hingga sekata. Tutup api.
Spaghetti Udang Tomato Masala sedia untuk dihidang. 


Taburkan sedikit chilli flakes, parsley flakes dan grated parmesan cheese
supaya spaghetti anda tak nampak kosong. Hehe.


Jangan pandang pada rupa luaran. 
Korang cuba pulak masak sendiri. Sure tak menyesal. 
Kalau korang memang suka pedas rempah, confirm-confirm lah korang suka ni.
Nak buat pun senang. Selamat mencuba!

Thursday, April 9, 2015

Alhamdulillah, It is Getting Better!

Assalamualaikum semua.

Ingat tak Fara pernah post entry pasal masalah kulit muka Fara yang teruk?
Kalau tak ingat, boleh klik sini untuk baca dan lihat sendiri.

Dalam entri tu jugak Fara stated mild skincare yang Fara pakai untuk repair balik kulit muka.
Tapi sebab Fara tahu ada yang malas nak baca balik, Fara bagitahu je lah.
Fara pakai Cetaphil - Gentle Skin Cleanser. Krim ke toner ke langsung tak sentuh.

Bila ruam-ruam merah yang hideous tu dah jadi kering and gelap,
Fara try pakai produk Kzanah Anggun White by Cosway as suggested by my beloved momma.
Kali ni Fara pakai pencuci muka, toner & moisturizing cream.

ALHAMDULILLAH, hari berganti hari,
Fara makin selesa dengan perubahan positif kulit muka Fara.
Sehingga entry ni ditaip, berbulan-bulan jugak la Fara dah guna Kzanah tu.
..........dan inilah hasilnya!!! *tepuk tangan*

 





No edit. No filter. No make up.

Nak dibandingkan dengan dulu,

ni kiranya dah 95% in great condition lah. 
Hmm.. apa komen anda?









Walaubagaimanapun, tak dinafikan, lambakan produk kecantikan kat pasaran
adakalanya buat jiwa Fara goyah untuk setia dengan produk yang Fara pakai sekarang.
Tapi bila fikir-fikir balik, tak sanggup dah nak tempuhi fasa yang memalukan tu.
Belajarlah untuk setia Fara hoi!!!

Oh ya, food supplement for skin pulak, Fara dah gantikan produk
Emilay - Whitening Clearing Spot dengan Blackmores - Grape Seed Forte 1200. 
Alaaa.. apa-apa jenama pun should be okay. Just consume seperti yang diarahkan kat botol tu.
Selalunya sebiji je sehari sebelum tidur. Kalau was-was, tanyalah pakar. Ok?

Macam tu jugaklah dengan Vitamin C. Apa-apa jenama pun should be fine.
Kalau beli yang dos sebiji = 1,000mg, selalunya just ambil sekali sehari.
Kalau yang dos sebiji = 500mg, baru lah consume 2 kali sehari.

Dah consume supplement ni (especially Vitamin C) kena banyak minum air kosong ye.
Jangan malas-malas. Lagipun memang ianya digalakkan kan? Nak-nak kalau nak kurus. *eh tetiba?



FRAZZO: Coretan ni bukan bertujuan nak mempromosi produk, bukan juga iklan berbayar. Just nak share experience je. Kerana dirimu begitu berharga. Hehe.

Monday, March 31, 2014

AAARRGHHHH.. MUKA AKUUU..!!!

Kulit wajah fara ni jenis yang bermasalah.
Berminyak, berjerawat, berparut.
Liang-liang pori pun boleh nampak.
To certain people sebenarnya takdelah obvious sangat.
To me, selagi tak sebersih sesuci kulit bayi, it's not okay! Lulz.

Fara previously pakai set Garnier Light sebab teruja tengok kulit cousin.
Tapi tak sesuai pulak untuk fara sebab rasa perit je muka.
Then fara pakai set Nanowhite. Bertahun-tahun jugak lah setia sebab kulit muka fara
jadi licin dan halus lepas pakai. But still, parut jerawat susah nak hilang la.
Krimnya pun tak berminyak. Awakening snow wash dia pulak buat muka rasa fresh.










Ni lah kulit fara zaman awal diploma.
Masa ni dah pakai Nanowhite.









Namun begitu, ada satu kisah yang buat fara rasa terkilan sangat.
Satu hari tu fara dapat Sabun Beras as free gift bila purchase some stuff via online.
Fara teringat orang ada cakap yang sabun beras bagus.
Tanpa fikir panjang, fara pun pakai la sabun tu buat cuci muka.

Tak semena-mena, after several days, jerawat terus tumbuh melata.
Mula-mula ingatkan proses biasa dia nak buang lebihan sebum.
Lama-lama macam makin teruk pulak, terus stop pakai. Menyesal tak sudah!










Look what Sabun Beras had done to my face!










Masa ni lah kawan fara datang recommend satu produk aunty dia jual.
Katanya adik dia ada masalah sama dengan fara but now dah okay.
I bought and try it with no hesitation.
Tapi macam leceh sikit sebab krim malam dia jenis melekit.
Sapu kat muka pun susah nak absorb.
Krim pagi plak fara tak minat sebab macam bb cream versi compound.
Mula-mula fara macam puas hati jugak lah.
Masalah kulit fara jadi kurang but after a while, muka jadi gatal-gatal.
So, I really had to say goodbye to Set Collagen Plus Vit E.

Dalam pada tu, fara still taknak pakai semula Nanowhite.
I think it's about time to search for the one that makes my skin go super flawless.
Setelah baca dan percaya dengan testimoni-testimoni yang ada,
Fara beli pulak SF Beauty Set Vit C setelah seminggu lebih berbare-faced.










Me (left) after applying the SF Beauty for days.










Hasilnya memang sangat-sangat memuaskan hati at first.
Krim-krim dia pantas je serap even sabun dia agak menegangkan muka.
Jerawat baru nak bertapak pun terus tutup kedai.
Dapat jugak fara merasa ada kulit bersih walau parut still boleh nampak.
Fara perasan kulit fara pun makin bertambah glowing and fairer.

BUT

Semua tu tak lama sebab akhirnya muka fara jadi lebih hideous as ever.
Ruam-ruam merah mula naik bagai tiada hari esok.
Masa ni memang betul-betul malu dengan orang sekeliling.
Diorang tegur, "Eh, kau kena chicken pox ke?"
Nak senangkan cerita, fara iye kan aje. Haih la fara oi!










Me after weeks of applying SF Beauty.


















Ke hulu ke hilir dengan muka macam ni.
Malu tau sebenarnya. Wuwuwuu..








Mulai saat tu, fara terus give up. Muka ta pakai apa-apa dah.
Menyesal pun dah takda gunanya. Muka dah teruk.
Kali ni sebulan jugak lah fara biar kulit muka bebas bernafas.

Then, mama fara suruh pakai mild facial wash as aid in repairing my skin.
Fara pergi lah Guardian cari satu walau rasa takde hati pun nak cari.
Akhirnya berkenalan jua dengan Cetaphil - Gentle Skin Cleanser.
So far, fara just pakai cleanser dia je and what can I say, it suits well on my skin.
Yang tak bestnya dia tak berbusa. Maybe sebab fara dah terbiasa buih-buih kan.
Krim pulak fara masih taknak cuba apa-apa even from the Cetaphil brand.

Fara decided jugak nak try food supplement for skin.
Fara ambil Emilay - Whitening Clearing Spot before bed.
Penyebab fara beli Emilay ialah kerana ramuan utama dia ialah grape seed.
Google bagitahu fara yang "grape seed can work wonders on your skin,
whether you are dealing with acne, aging and rough spots."
Yang tak syoknye Emilay ni banyak yang tiruan.
So kalau y'all nak cuba jugak, pastikan yang original okay?

Selain tu, I've start consuming Vitamin C after breakfast / lunch.
Air kosong pun fara minum berbotol-botol sekarang.
Alhamdulillah, kulit muka fara nampak semakin pulih hari demi hari.

Fara nak cakap lebih-lebih takut tetiba jadi lain pulak.
For now, what can I say is I'm quiet satisfy.
For long-term pulak I really hope my skin condition will get better. Insha Allah.

*** Nak tengok kulit muka Fara yang terkini, boleh klik sini.

FRAZZO: Asalnya taknak pun post pasal ni. Ye lah, malu tau. One thing for sure, fara tak berniat pun nak jatuhkan bisnes orang. I'm just sharing my own experience using those range of products. Mungkin orang lain takde masalah pun dengan produk-produk yang fara pernah pakai tu kan?