Friday, July 22, 2011

Cicak Memang PANDAI. Haih!

Perasan tak kat rumah kampung ke, rumah bandar ke, rumah sakit, restoran, kedai pam minyak, hostel, hotel, motel, blablabla...mesti ada cicak? Melainkan ada perangkap yang macam kulit buku tulis yang ada gam tu. Itu pun fara rasa tak berapa nak mujarab. Fara tak pernah cuba tapi fara yakin cicak zaman sekarang ni pandai-pandai belaka sebab korang tengok jela kat opis korang, dewan kuliah tak pun kat makmal korang duk test itu ini pun ada cicak. Haih.

#Fara tengah menaip ni pun cicak buat bunyi kat siling tu ha!
Dah tahu le tuh nak kena gosip! Ceitt..ceitt..ceitt..

Kenapa fara cakap cicak pandai?

Let's begin with the FIRST story (:
Seperti yang diceritakan semula oleh seorang kawan kepada fara, masa tu beliau tengah syok layan novel jiwang karat sambil makan kerepek ubi pedas. Elok je beliau duduk kat lantai bersandarkan katil, tiba-tiba beliau perasan ada sesuatu melintas. Setelah dikenalpasti, beliau mendapati makhluk yang melintasi beliau tadi adalah seekor cicak yg gedempol. Mereka bertentang mata. Kawan fara baru nak tukar posisi badan, cicak tu dah terkedek-kedek lari. Ada niat tak baik le kot cicak tuh. Beliau sambung balik baca. Akhirnya, ramalan menjadi kenyataan. Beliau pusing je kepala, terang-terangan si cicak gedempol tadi mengepit sekeping kerepek menggunakan mulutnya dan terus di bawa lari.

Kesimpulan untuk cerita pertama ialah, Cicak Memang Pandai Mencuri..! Haih.


Let's continue with the NEXT story (:
Hangat diperkatakan oleh mama fara sendiri. Setelah diperhati dan dikaji sedalam-dalamnya, fara turut sokong kata-kata mama. Apa perasaan korang bila masuk bilik air nak mandi dan tetiba di skodeng? Konfem la rasa tak selesa kan? kan? Cuba tengok cicak yang ada sekali kat bilik air tu. Siyes rasa macam cicak-cicak tu 'informer', tak pun macam ada kamera kat mata dorang. Yela, dorang tengok kita tak berkedip pun oh! (Cicak kelip mata ke? Haih.) Fara ada rasa macam tu. Kalau boleh makan, dah lama buat satay. Semenjak termakan kata-kata mama, jumpa je cicak kat bilik air, fara mesti renjis-renjis pakai air, nak cicak tu pergi. Macam mana pulak la boleh wujud perasaan malu kat cicak ni? Haih =.='

Kesimpulan terakhir, Cicak Memang Pandai Skodeng..! Ye dok ni? Haih.


Frazzo: Cicak kat hostel fara semua debab-debab. Haih!

Saturday, July 16, 2011

Life With Zero Mistake Isn't LIFE ;)

Puuiih. Tajuk nak omputih. Ekselen dah ke English kau? Boo~

Ok la, fara ngaku. Fara tak terer pun bahasa omputih. TAPI percayalah! Fara sedang giat berusaha tererkan diri dengan language tu. Baru la fara boleh eksyen dengan Mek Salmah dari Scotland. Ye dok?

Walaupun begitu, entri-entri fara pastinya bukan 100% dalam Bahasa Inggeris. Hee :D

Kembali pada tajuk asal di mana Bahasa Melayunya berbunyi, "Kehidupan Dengan Kosong Kesilapan Bukannya KEHIDUPAN". Betul tak maksudnya tu? Erkk.. Nampak beno Google Translate. Hoho. Paham-paham la ye? This topic is based on self-opinion. Maybe some of you aren't agree with this but then again, it is FARA FRAZZO's ;)

Amatlah tipu kalu korang cakap korang tak pernah buat silap. Fara pun memang selalu tersilap-tersilap ni. Senang cerita, korang boleh cakap ianya ibarat makanan ruji yang diperlukan untuk terus hidup. Korang pun mesti pernah tercakap,"napelah aku ni buduh sangat buat macam tu tadi? ayoyo". Moh la baca bingkisan skrip filem yang ditulis oleh fara kat bawah ni. #Doakan filem tu box-office nanti. Hoho.

~ Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, pakai baju ~

Rosa Lidah : Ek eh, kamu tak mandi ye Bibir?
Jus Tin Bibir : Erkk, nak cepat lah mak! Dah lewat ni. Kelas pukul 8. Haih.
Rosa Lidah : Karang habis kelas terus balik rumah. Kamu pergi rumah Si Lena Gomak, siap kamu!
Jus Tin Bibir : Oh mak, sekejap pun tak boleh ke? #sambil menyarung kasut
Rosa Lidah : NO WAY BIBIR! Nak mak rotan laju-laju pergi la...... Ha! Yang kamu tu, kot ye pun nak cepat, tak payah la sampai sarung boot kebun bapak kamu! Ngamuk orang tua tu karang!!
Jus Tin Bibir : Ewah! Tersalah pulak. Ingat SUPRA® saya tadi. Heeee ;D #blushing


Pelakon Utama: Rosa Lidah sebagai MAK dan Jus Tin Bibir sebagai ANAK :D


Ok. Tu contoh kesilapan yang dilakukan oleh Bibir. Adegan tersebut pasti akan jadi kenangan yang menggeletek jiwa raga bila tiba-tiba beliau teringat satu hari nanti. Betapa malunya beliau pada saat tu. My point is, kesilapan la yang buat kehidupan tu betul-betul hidup. Cuba bayangkan beliau tak buat silap. Bangun pagi, mandi, siap elok-elok, blablabla, pergi kelas. Perfect je rutin harian beliau tu. Nisbah untuk mempunyai pelbagai perasaan akan menjadi tipis. Sebab apa? Sebab, adakah beliau akan mempunyai perasaan 'malunya aku'? Konfem la tak, kan? Mungkin la awal semester beliau ada jugak nak berperasaan happy sebab semester baru, buku baru. Tapi lama-kelamaan, rutin harian tu akan menjadikan korang sebagai manusia yang tak menikmati perasaan berkehidupan bila tiada kesilapan. Get my point? Huhu.

Macam tu la jugak kalu korang pernah tersilap pintu masuk pergi langgar kaca bank, tersilap bagi RM16 kat pakcik teksi yang sepatutnya RM12, ataupun tersilap masukkan bahan-bahan ketika memasak untuk pelanggan yang datang. (#Erkk, kenapa aku terasa ek? Abaikan.) Semua tu terjadi supaya kita rasa pelbagai perasaan dalam hidup kita. Sakit, kecewa, stress and macam-macam lagi. Susah oh nak berperasaan kalau kesilapan tak wujud. Nak bercerita kat kengkawan, anak cucu pun rasa tak syok sebab takde bende lain dari yang lain yang mencelah rutin harian atau apa-apa yang korang buat tu ;)

KESIMPULANNYA, you should be grateful as mistakes exist to colour and to be good to your life. Korang selalu dah dengar kata-kata sakti 'Learn From Your Mistakes' kan? kan? Apa kata, korang tambah pulak kata-kata keramat ni dalam wikipedia hidup korang, 'Without Mistakes, You Wouldn't Learn A LIFE'. Amacam? Hoho.



Frazzo: Memang stress bila tersalah rencah dalam masakan sekali tu. Pelanggan pulak berpusu-pusu masuk. Nasib baik Tuan Manager memahami, dia pulak tolong kat dapur. Kapten fara masa tu boleh pulak bantai gelak tengok muka stress fara. Akhirnya, dia kena sekeh dgn TM. Pastu fara pulak yang gelak. Kalau la fara tak tersilap, wujud tak berbilang perasaan macam tu? Hohoho ;)

Sunday, July 10, 2011

Persamaan Arsenal dengan Eyes Set To Kill

Assalamualaikum!

Hello readers. Hari ni fara nak share info kat korang fasal persamaan kelab bola sepak kegemaran ramai, Arsenal dengan band muzik keras yang hanya faymes kat golongan tertentu, Eyes Set To Kill (ESTK). Korang agak-agak apa yang sama? Jawab..Jawab..! Seploh saat! 10..9..5..2..1, Tett!! Adeh. Taknak cuba langsung ke? Jawapannya ialah......

Dorang tu bakal beraksi dekat Malaysia!!!

Ha, senang je kan? Why am I writing this entry? Kalau korang nak tahu (taknak tahu pun buat-buat je nak tahu), fara memang minat kelab Arsenal dan band ESTK tu. Tapi sayang, semester baru dah bermula. Kalau Kuantan ke Kolumpo tu sekangkang kera, kan bagus! Haih.


My favorite band ever, Eyes Set To Kill. Walaupun diorang kerap tukar ahli, dorang tetap BEST :D
Nak dengar lagu baru dorang yang buat fara ulang-ulang pasang, klik SINI.

Eyes Set To Kill dijadualkan perform hari ni, 10 Julai di One Cafe.
Arsenal pulak beraksi 13 Julai nanti di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Walaubagaimana pun, kekecewaan fara telah terubat apabila diberitahu bahawa kapten Arsenal, Cesc Fabregas tidak akan dibawa turun beraksi di Malaysia kerana kecederaan yang dialami beliau. Untuk berita lanjut, klik SINI. Fara teruja nak tengok dia. He plays well in the club including Encik Samir Nasri ngan Encik Van Persie. The truth is, fara lagi minat kat si Fabregas tu. Bila dia tak jadi datang, lega la rasa. Selagi fara tak tengok beliau 'live', selagi tu korang tak boleh tengok dia. HAHA!


Ni dia rupa Fabregas tengah berhempas-pulas untuk memastikan kemenangan kelab Arsenal =p

Khabar yang tak syoknya ialah Fabregas dan Samir Nasri diintai oleh kelab Barcelona. Harga yang diletakkan tu pulak mampu buat fara beli 'cash' kereta Audi sebijik. Semoga Pakcik Wenger akan jaga dorang elok-elok. Kalau tak, memang kena shaolin soccer si Wenger tu dengan fara. Haih.


Frazzo: Sesapa yang pergi tu, jangan lupa share story ke gambar ke dengan fara ye!